Ikhwan:

Peranan dan Struktur Pendebat Pertama

Pendebat Pertama:

Kerajaan

  • Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang, dan Ahli Dewan yg bersidang)
  • Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat)
  • Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2 Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr. Mahathir, dan sebagainya)
  • Pendirian/premis kerajaan
  • Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka)
  • Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga)
  • Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti. Perlu diingatkan, bukan berapa banyak fakta yang penting dalam hujah kita, tetapi, macamana kita analisi hujah dgn baik utk menepati kehendak usul adalah yg sepatutnya!)
  • Penutup (Menyimpulkan apa kes kerajaan dan hujah yg dibawakan sebentar td)

0 comments:

Post a Comment