Posts

Contoh Usul Debat Alam Sekitar 1- SUDAH SAMPAI MASANYA KITA MEWAJIBKAN MATA PELAJARAN ALAM  SEKITAR DI SEKOLAH. 2- PEMBANGUNAN TERANCANG PERLU DEMI PENGEKALAN ALAM SEKITAR. 3- KELEMAHAN PENYELENGGARAAN MERENCATKAN PERTUMBUHAN NEGARA SEBAGAI SEBUAH NEGARA HIJAU. 4- SUMBER HIJAU : ALTERNATIF KRISIS TENAGA. 5- DEWAN INI AKAN MEWAJIBKAN SYARIKAT MULTINASIONAL MENYUMBANG UNTUK PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. 6- DEWAN INI MENCADANGKAN JUALAN KERETA DIKAWAL DEMI ALAM  SEKITAR 7- BANJIR KILAT : SATU KECUAIAN MASYARAKAT . 8- TEKNOLOGI HIJAU MENJANJIKAN ALAM SEKITAR YANG LEBIH  HARMONI. 9- NEGARA MAJU DALANG PEMANASAN GLOBAL.  

Tajuk-Tajuk Yang Sesuai Diperdebatkan

POLITIK 1.Perpaduan di Malaysia:Retak Menanti Belah 2.Diplomasi Masih Relevan 3.Nuklear:Punca Kemelut Dunia 4.Barack Obama Harapan Baru Dunia 5.Konsep '1 Malaysia' Menjamin Perpaduan Negara 6.Kabinet Yang Ramai Lebih Baik 7.Malaysia Sudah Cukup Demokratik 8.Demonstrasi Lambang Demokrasi Yang Baik EKONOMI 1.Sekatan Terhadap Pekerja Asing Merugikan Negara 2.Barang Buatan Malaysia Sudah Setanding 3.AFTA Merugikan Negara Dunia Ketiga 4.AirAsia Punca MAS Lemas 5.Sektor Pertanian Dipandang Sepi 6.Kita Masih Perlukan DEB SOSIAL 1.Teknologi Menghakis Nilai Kemanusiaan 2.Kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' Sudah Gagal 3.Anugerah Berasaskan Undi Lebih Baik Berbanding Juri 4.Bahasa Melayu Semakin Terpinggir 5.Teknologi Dihujung Jari Memantapkan Jati Diri Remaja 6.Isu Alam Sekitar:Kita Semakin Peka PENDIDIKAN 1.SPM 10 Subjek:Pelajar Kita Untung 2.Matapelajaran Sejarah Perlu Diajar Seawal Darjah 1 3.Mahasiswa IPT berkualiti 4.Aktiviti Kokurikulum Dipandang Sebelah Mata 5.PPSMI Merugika

Peranan dan Struktur Pendebat ketiga

Pendebat ketiga Kerajaan/Pembangkang Dimulakan dengan kata aluan Menyatakan tugas/struktur ucapan sendiri Membidas konsep dan pendekatan pihak lawan Membidas setiap hujah lawan Ada banyak teknik membidas sebenarnya. Lain pendebat, lain cara membidasnya. Tetapi, untuk bidasan yang baik kebiasaannya ada fasa restate, rebut and replace dalam bidasan. 1. Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan, restate , 2. Kemudian rebut ,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah, 3. Dan penting untuk gantikan dengan alternatif , replace facts Bidasan yang baik juga adalah bidasan yang menganalisis satu demi satu kes dan hujah pihak lawan kemudian dikaitkan kembali dengan kes pihak sendiri

Peranan dan Struktur Pendebat kedua

Pendebat kedua Kerajaan/Pembangkang Dimulakan dengan kata aluan Menyatakan peranan sendiri Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan ( Untuk bahagian bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan pendekatan yang dibawa oleh pihak lawan, dan kalau boleh cuba elakkan membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas pendebat ketiga) Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan berapa banyak fakta yang ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur dari fasa pertama hujah hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta ) Membawa hujah ketiga. Untuk dimuhasabah: Kebanyakan pendebat kedua terlalu suka untuk mebuat bidasan yang panjang sehingga masa untuk menyampaikan dua lagi hujah tidak sempat sedangkan peranan pendebat kedua adalah untuk menyampaikan hujah pihak sendiri dengan baik dan berkesan. Justeru, ur

Peranan dan Struktur Pendebat Pertama

Pendebat Pertama: Kerajaan Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang, dan Ahli Dewan yg bersidang) Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat) Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2 Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr. Mahathir, dan sebagainya) Pendirian/premis kerajaan Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka) Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama,

Pasukan Debat & Peranan Pendebat

KERAJAAN Pendebat pertama- Perdana Menteri -Mendefinisikan usul (literal+konseptual+rasional) - Memberikan beban tugas - Menyatakan struktur hujah -Membentangkan hujah perdana (isi+huraian+contoh+kesimpulan) Pendebat kedua- Timbalan Perdana Menteri -Tegakkan premis pasukan -Membidas konsep pembangkang -Bidas Hujah ketua pembangkang -jawab beban tugas yang diberikan -Bentangkan hujah (isi+huraian+contoh+kesimpulan) Pendebat Ketiga- Menteri Pertahanan -Tegakkan premis pasukan -Bidas kes lawan (konsep dan setiap isi pendebat) PEMBANGKANG Pendebat pertama- Ketua Pembangkang -Membidas konsep kerajaan -Membentangkan konsep/premis pasukan -Memberikan beban tugas -Menyatakan struktur hujah -Membidas hujah PM -Membentangkan hujah perdana (isi+huraian+contoh+kesimpulan) Pendebat Kedua- Pembangkang pertama -Tegakkan premis -Bidas Hujah TPM -Membentangkan hujah (isi+huraian+contoh+kesimpulan) Pendebat Ketiga- Pembangkang kedua - Tegakkan premis pasukan -Bidas

Ciri-iri Pendebat Yang Baik

Gaya persembahan tidak terlalu dikawal utk elak dr menampakkan diri tidak natural, (stage-fright) tetapi pendebat yang baik akan mampu conceal / menyembunyikan riak wajah & gayanya yang menampakkan rasa gementar. Aspek bahasa juga amat penting elak "terlalu serius" dan "straight-forward" dalam penghujahan. Di pentas, manfaatkan gaya bahasa yang cantik (bukannya terlalu berbunga-bunga xd salahnya jika sesekali menggunakan bahasa kiasan, dan seumpamanya selagi mana ianya membantu penghujahan dengan berkesan. Bahasa yang terlalu berbunga-bunga tetapi tidak membantu penghujahan memang dilarang sama sekali bukan sahaja dalam debat peringkat sekolah bahkan peringkat universiti pun. Berhati-hati dgn ap yg diucapkan setiap pendebat/pembahas wajib bertanggungjawab terhadap apa yang dituturkannya. Maknanya, jika anda katakan 8 ciri, maka anda harus buktikan sekurang-kurangnya sebahagian ciri-ciri tersebut. Bukan ckp kosong. sbb tu pemahaman konsep thdp usul yg dideba

Facebook

sila hubungi di facebook untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih https://www.facebook.com/ikhwanhibatullah.fauzi